• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Akan Bincang Keberkesanan Kawalan Sempadan – Mohd Azis

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan agensi yang bertanggungjawab membuat kawalan di sempadan untuk menilai keberkesanan operasi mereka berikutan kegiatan penyeludupan ketum kerap berlaku di sempadan Perlis.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mohd Azis Jamman berkata perbincangan itu akan menyentuh secara menyeluruh isu-isu berkaitan sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Oleh kerana ketum hanya diletakkan di bawah Akta Racun 1952, kita akan dapatkan pandangan pelbagai kementerian termasuk membuat kajian teliti sebelum boleh mengubah sesuatu undang-undang atau akta.

“Saya datang ke sini pun untuk meninjau sendiri situasi di sempadan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.

Projek bernilai lebih RM150 juta itu dijangka siap dan boleh digunakan Mac tahun depan.

Mohd Azis berkata isu pagar sempadan yang sering dirosakkan oleh penjenayah atau penyeludup untuk memasuki negara ini juga akan disentuh dalam perbincangan itu kelak.

Katanya KDN juga akan mengkaji keperluan meletakkan lebih banyak pos di sepanjang sempadan kerana ia melibatkan perbelanjaan besar termasuk kos penyelenggaraan. – BERNAMA

Tags: Keselamatan SempadanMohd Azis Jamman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri KDN Nafi Kenal Nicky Liow

07/10/2021
0

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan bahawa beliau mengenali atau mempunyai kaitan dengan...

Kerajaan Kaji Guna Dron Kawal Keselamatan Sempadan

10/12/2019
0

JAKARTA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan penggunaan dron di kawasan perairan Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd