• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lucu Dengan Kenyataan Syed Saddiq” – Najib

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkait isu penghapusan tol adalah lucu.

Menurutnya, pembangkang dulu asyik menuduh kerajaan di bawah pemerintahannya akan bankrap tetapi dalam manifesto mereka menjanjikan hapus tol kepada rakyat.

“Lucu. Yang jelajah seluruh Malaysia dulu kata negara nak bankrap dan keadaan tenat, mereka. Yang kata kerajaan mampu hapus tol, turun harga minyak dan macam-macam lagi, mereka.

“Sekarang ni keluar pula kenyataan kata bahawa masa PH buat manifesto, mereka ingat kewangan negara cukup untuk hapus tol.

“Kalau negara nak bankrap dulu, macam mana mereka boleh terfikir nak hapuskan tol?” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, malam tadi.

Sebelum ini, Syed Saddiq dilaporkan berkata ketika manifesto dibuat, PH fikir kewangan negara cukup untuk menghapuskan tol malah turut mengajak rakyat untuk melupakan kisah lalu dan maju ke hadapan.

Mengulas lanjut, Najib berkata PH tahu kedudukan kewangan negara melalui salinan dokumen ketika pembentangan bajet atau di laman rasmi kerajaan.

“Setiap tahun bajet dan kewangan negara dipapar kepada tatapan umum dan ahli Parlimen sudah tentu akan ada salinan dokumen atau boleh cari maklumat tersebut di laman rasmi kerajaan.

“Mereka tahu. Malah ramai pemimpin mereka bekas pemimpin kerajaan BN. Jadi mana satu penipuan yang mereka nak terus tegakkan sekarang?” katanya.

Katanya selepas menang dengan penipuan terhadap rakyat, PH kini selesa.

“Amat menyedihkan apabila mereka kini minta rakyat berkorban dan lupakanlah manifesto mereka.

“Demi siapa?Selepas menang kuasa di tangan dengan penipuan, mereka kini selesa. Apakah kita terima begitu sahaja?” tanyanya. – Sinar Harian Online

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd