• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fun Run & Ride Anjuran PDRM Dijadikan Acara Tahunan Pahang

oleh
13/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kerajaan negeri akan menjadikan program Fun Run & Ride anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai acara tahunan yang dimasukkan dalam kalendar aktiviti Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata ini berikutan program sedemikian menjadi trend baharu rakyat Pahang yang semakin menggemari aktiviti sihat berlari dan berbasikal.

Katanya selain bersukan, acara tersebut juga berpotensi mengetengahkan lokasi pelancongan di Pahang, memandangkan terdapat peserta dari luar yang menyertainya.

“Kita mungkin boleh jadikan Program Fun Run & Fun Ride seperti ini ke titik tengah Semenanjung yang terletak di Temerloh pada Ogos tahun depan sekali gus dapat menarik lebih ramai kehadiran pelancong.

“Saya ucapkan tahniah kepada PDRM kerana kejayaan menganjurkan program sebesar ini dan diharapkan ia akan menarik lebih ramai peserta apabila dijadikan acara tahunan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fun Run & Ride di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang dan pelepasan acara berbasikal disempurnakan secara bersama oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Ketua Polis Pahang Datuk Zakaria Ahmad dan Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood.

Turut hadir Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Idros Yahya.

Mohd Sharkar berkata seramai 2,000 peserta mengambil bahagian dalam aktiviti berbasikal sejauh 30 kilometer, larian sejauh lima kilometer dan pelbagai aktiviti kesihatan lain.

Katanya program tersebut juga adalah program tanggungjawab sosial korporat PDRM Pahang bersama masyarakat sekali gus dapat mengeratkan hubungan bersama orang awam.

“Program seperti ini mampu mengeratkan silaturahim di antara polis dan masyarakat sekali gus memudahkan urusan penyaluran maklumat berkaitan jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd