• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Aduan Dan Kes Keracunan Laksa Di Kelantan

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiada sebarang aduan dan kes berhubung keracunan laksa di Kelantan setakat ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin.

Zaini berkata bagaimanapun pemeriksaan dan penguatkuasaan terus diperkasakan bagi memastikan premis perniagaan menyediakan makanan yang bersih kepada masyarakat.

“Kes keracunan makanan seperti yang berlaku di Kedah itu adalah kes yang jarang berlaku. Kita belum mendapat kepastian lagi berhubung kes tersebut justeru kita tidak dapat mengesahkan sama ada benar ia disebabkan laksa atau ramuan lain yang terkandung dalam makanan itu. Apa-apa pun kita tunggu keputusan makmal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

Karnival yang dianjurkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia Cawangan Kelantan itu melibatkan kerjasama Bahagian Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Hospital USM.

Zaini berkata karnival yang julung kali diadakan itu melibatkan seramai 645 atlet dalam kalangan anggota farmasi swasta dan kerajaan di seluruh negara.

“Seramai 95 anggota Farmasi Kelantan menyertai karnival ini dalam keseluruhan enam acara yang dipertandingkan iaitu acara futsal, bola tampar, badminton, bola jaring, ping pong dan boling. Kita harap kontinjen Kelantan mampu menyapu bersih kesemua acara yang dipertandingkan,” katanya.

Beliau berkata antara objektif utama penganjuran karnival itu adalah bagi mempromosikan gaya hidup sihat, merapatkan hubungan dan memupuk kerjasama berpasukan antara anggota farmasi seluruh negara.

Katanya aktiviti sukan itu akan dijadikan acara dwi-tahunan bermula tahun ini dalam usaha merealisasikan objektif program secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua anggota farmasi dalam membudayakan amalan hidup sihat. – BERNAMA

Tags: Keracunan Makananlaksa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

25/09/2024
0

IPOH - Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd