• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan BAM Mula Tuai Hasil – Presiden BAM

oleh
13/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyifatkan pelaburan yang dibuat ke atas barisan pemain muda telah memberikan hasil yang memberangsangkan selepas kejayaan berganda dikecapi dua pemain muda negara Goh Jin Wei dan Lee Zii Jia.

Jin Wei pemain perseorangan badminton wanita negara menyumbang pingat emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, awal pagi ini.

Pemain pilihan ketiga berusia 18 tahun itu mengejutkan pemain China, Wang Zhiyi 16-21, 21-13 dan 21-19 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Technopolis.

Minggu lepas, pemain perseorangan badminton lelaki negara Lee Zii Jia, 20, mencipta sejarah menamatkan kemarau 14 tahun Malaysia di Terbuka Taiwan apabila muncul juara selepas menewaskan pemain Jepun Riichi Takeshita 21-17, 16-21, 21-11 dalam aksi final di Arena Taipei.

Kali terakhir Malaysia menjuarai perseorangan lelaki kejohanan itu ialah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2004.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata apa yang dicapai oleh Jin Wei adalah satu yang membanggakan dan beliau gembira dengan prestasi yang dipamerkan atlet berusia 18 tahun itu selepas mengejutkan dua pemain pilihan masing-masing di separuh akhir dan akhir.

“Sejarah tercipta awal pagi ini. BAM sangat gembira dengan pencapaian ini… Goh Jin Wei menang emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Remaja. Jin Wei juga adalah satu-satunya pemain yang menang kedua-dua gelaran Juara Dunia Remaja dan pingat emas Sukan Olimpik Remaja. Ini diharap dapat mencetuskan inspirasi kepada beliau untuk mendapat emas di Sukan Olimpik dan kejohanan berprestij yang lain.

“Di samping itu, ini juga menunjukkan pelaburan BAM kepada generasi muda kita menghasilkan pulangan dengan kemenangan Jin Wei, 18, dan Zii Jia di Terbuka Taiwan minggu lalu,” katanya.

Jin Wei sebelum ini menumbangkan pilihan pertama Phittayaporn Chaiwan daripada Thailand pada pertemuan separuh akhir yang berlangsung Khamis. – BERNAMA

Tags: BAMGoh Jin Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nadma Nafi Hantar SMS Tabung Gempa Bumi Sulawesi

Next Post

PFA Perlu Selesai Sendiri Masalah Kewangannya

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

PFA Perlu Selesai Sendiri Masalah Kewangannya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd