• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Cat Didakwa Miliki Alat Buat Wang Palsu

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan memiliki peralatan menghasilkan wang palsu serta kad pengenalan palsu, Jumaat lepas.

Pengakuan Muhammad Ridzuan Cheong Abdullah, 34, direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan.

Tertuduh didakwa memiliki pelbagai peralatan menghasikan wang palsu, 42 keping wang kertas RM50 dan enam keping wang RM100, yang semuanya palsu dengan niat untuk digunakan sebagai tulen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.45 petang, 5 Okt lepas di sebuah rumah di Lorong Alor Akar 64, Taman Alor Akar di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa atas kesalahan memiliki lebih daripada satu kad pengenalan yang diketahuinya palsu pada masa, hari dan di tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 25(1)(c) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya jaminan RM18,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dikurangkan kerana pendapatannya hanya RM1,000 sebulan.

“Saya juga menanggung seorang isteri, ibu dan seorang anak,” katanya.

Siti Aminah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan sebutan semula kes pada 14 Nov untuk lantikan peguam. – BERNAMA

Tags: mahkamahwang palsu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd