• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Anugerah Buat Batu Nisan Pun Tak Laku” – Noorkhiriah Faham Perasaan Jalil

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUHAN pelakon Jalil Hamid mengenai bayaran RM1,500 untuk watak utama yang ditawarkan pihak produksi kepadanya mendapat perhatian selebriti tempatan.

Pelakon Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 39, berkata dia memahami apa yang dilalui pelakon filem Bisik Pada Langit itu.

Menurut Noorkhiriah, dia juga memiliki beberapa anugerah namun masih menerima nasib yang sama seperti Jalil dan beranggapan anugerah tersebut tidak memberikan bayaran yang lumayan.

“Berat mata memandang berat lagi bahu mikul, bertabahlah abang Jalil. Saya faham apa yang yang abang rasa namun saya tak kuat untuk luahkan semua.


Noorkhiriah pernah menerima nasib yang sama seperti Jalil Hamid.

“Saya sendiri ada la beberapa anugerah namun tetap terima nasib sama macam abang. Anugerah tak menjanjikan bulan bintang, gaji yang tinggi walaupun kerja pun.

“Andai kita dah tak diperlukan lagi, anugerah tu hanyalah sekadar bukti pada anak cucu kita yang kita pernah menang satu masa dulu,” katanya.

Noorkhiriah memuat naik status tersebut dengan menyertakan paparan skrin status luahan Jalil di laman sosialnya.

Tambah pelakon drama Nur ini, industri seni kini hanya membayar harga yang tinggi kepada selebriti muda dan mempunyai kontroversi yang banyak.

Menurutnya lagi, bakat seseorang itu tidak lagi menjadi keutamaan dan anugerah yang diterima itu juga tidak boleh menjanjikan apa-apa di masa hadapan.

Jalil Hamid bersama trofi kemenangan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik ASK2011.

“Industri tak pandang jerih perit kita. Industri kini. Andai #kau muda, cantik boleh jual, kontroversi berbakul. Ya. Itu yang dibayar mahal, tawaran bersusun.

“Bakat tolak tepi. Namun Alhamdullilah saya dah boleh terima semua ni sebab semua akan merasa. Jangan risau, jangan sedih ya.

“Katakan pada hati, anugerah tak menjanjikan apa-apa walaupun nak buat batu nisan pun tak laku. Maka bertabah dan sabar. Abang Jalil Hamid insan seni hebat di mata saya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah memohon maaf sekiranya penulisannya itu ada kesilapan sehingga boleh mengundang kecaman netizen. – mStar Online

Tags: jalil hamidNOORKHIRIAHpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd