• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Setiap Kanak-Kanak Dapat Peluang Pendidikan

oleh
11/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Kerajaan prihatin dan ingin memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang untuk mendapat pendidikan, hidup sihat, berjaya dan menikmati kegembiraan serta kesejahteraan dalam kehidupan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata untuk tujuan itu kerajaan menyokong segala usaha untuk mewajibkan pendidikan kanak-kanak sehingga ke peringkat sekolah menengah.

“Faktor pendidikan ini juga merupakan salah satu pemangkin usaha-usaha yang kini dijalankan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun bagi pasangan bukan Islam dan pasangan Islam.

“Saya turut difahamkan sebanyak 98 peratus daripada mereka yang berusia dari tujuh hingga 17 tahun adalah berdaftar dengan institusi persekolahan,” katanya ketika menyempurnakan penutupan Persidangan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018 di Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.

Menurut Dr Wan Azizah, kerajaan juga telah merangka pelbagai program dalam Dasar dan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara untuk membina kehidupan kanak-kanak yang lebih selamat dan sejahtera.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata usaha itu dilaksanakan bagi menjamin hak dan kesejahteraan kanak-kanak di negara ini.

“Dalam lawatan saya ke Jakarta baru-baru ini, saya dimaklumkan bahawa Indonesia sedang dalam rangka usaha menjadikan 524 daerah dalam negara tersebut sebagai ‘Mesra Kanak-Kanak’ atau Child Friendly berdasarkan 24 indikator (KPI).

“Daripada 514 daerah di Indonesia, sejumlah 369 daerah telah bersedia dan berikrar untuk menyahut usaha tersebut.

“Ini adalah sesuatu yang boleh kita kaji secara mendalam untuk mendapatkan manfaat bagi negara kita pula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd