• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Panik, Tiada Perubahan Cuti Sekolah

oleh
11/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perubahan pada kalendar cuti persekolahan tahun hadapan dan ibu bapa serta guru diminta supaya jangan panik.

Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata pihaknya belum menerima kertas cadangan atau kertas kerja daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berhubung cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat membabitkan negeri-negeri mulai tahun depan.

“Setakat ini belum ada apa-apa keputusan (mengenai cuti sekolah) dan perbincangan hanya akan diadakan sekiranya terdapat permintaan (daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan).

“Ada yang sudah risau dan bertanya dengan saya mengenai perkara ini (cadangan cuti sekolah berperingkat). Kerana ada ibu bapa yang sudah mempunyai perancangan, malah ada yang sudah tempah tiket kapal terbang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Kebangsaan: Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan, di Institut Integriti Malaysia (Integriti) di sini.

Pada Selasa, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik mencadangkan cuti sekolah diadakan secara berperingkat antara negeri bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Muhammad Bakhtiar berkata pihaknya sedang merangka cadangan itu yang akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan, melibatkan jadual cuti sekolah yang biasa diberikan pada bulan Mac, Jun dan September sahaja.

Cadangan itu menerima pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk ibu bapa dan guru yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan perkara itu.

Sementara itu, Seminar Kebangsaan: Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan anjuran Integriti selama sehari itu bersetuju berapa resolusi termasuk mencadangkan supaya membudayakan nilai integriti dalam kalangan pendidik dengan mewujudkan piagam integriti khusus untuk golongan itu.

Seminar yang dihadiri pegawai kerajaan dan pihak berkepentingan itu turut mencadangkan supaya elemen integriti diperkenalkan dalam pembentukan negara bangsa yang merangkumi semua bangsa dan agama di semua peringkat pendidikan.

Turut hadir Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Integriti Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan anggota Lembaga Pengarah Integriti Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid. – BERNAMA

Tags: Teo Nie Ching
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

13/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mendakwa jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bergerak lebih perlahan berbanding Barisan...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd