• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlawanan Kelantan Menentang Lions XII Ditunda Ahad Ini

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perlawanan Liga Super antara Kelantan menentang Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV di sini yang dijadualkan berlangsung esok, ditunda ke Ahad ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu ditunda bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia semalam.

“Dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah bersetuju dengan permohonan KAFA untuk menangguhkan perlawanan Kelantan menentang Lions XII yang dijadualkan esok (14 Feb), perlawanan akan diadakan pada Ahad ini.

Ini merupakan tanda hormat Kafa dan rakyat kepada bekas Menteri Besar (Nik Abdul Aziz) dan Kafa akan menghantar surat rasmi hari ini kepada FAM dan Singapura (Lions XII),” katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Annuar berkata pihaknya juga telah bersetuju untuk menanggung segala kos perbelanjaan selepas penangguhan perlawanan ini dibuat.

“Kafa bersetuju menanggung segala kos akibat dari penangguhan ini, saya faham penangguhan ini mungkin menimbulkan kesulitan kepada pasukan pelawat, pegawai perlawanan, krew siaran langsung, media, bukan saja bagi Liga Super tetapi turut menjejaskan perlawanan pasukan belia.

Saya memohon maaf atas segala kesulitan demi menghormati kembalinya ke rahmatullah Tok Guru Nik Abdul Aziz bekas Menteri Besar Kelantan, semoga perlawanan pada 15 Feb ini berjalan lancar,” katanya.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di kediamannya pada pukul 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini hari ini.

Allahyarham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd