• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Terapung Di Lombong

oleh Ahmad Albab
11/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Mayat lelaki ditemukan terapung dalam keadaan berbungkus dengan kanvas berwarna biru manakala kepala serta kaki diikat dawai besi di sebuah lombong di Jalan Kuari Tanjung Batu, Pantai Remis di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 2.45 petang itu, lelaki yang dipercayai dibunuh itu, ditemui penduduk yang datang ke kawasan itu untuk menjerat burung sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata anggotanya yang tiba di lokasi sejurus menerima maklumat mendapati mayat mangsa sudah dibawa ke tepi lombong dengan bantuan pasukan bomba.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mayat berkenaan dibungkus dengan kanvas selain pada bahagian kaki mangsa (di dalam kanvas) terdapat ketulan batu bata.

“Umur mangsa dianggarkan dalam lingkungan 40 hingga 50-an, namun identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pagi ini.

Muhammad Hanif berkata, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lepas berdasarkan keadaan badan yang mula membengkak.

Polis juga menggunakan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) di lokasi kejadian bagi membantu mengesan suspek dan selain mencari bahan bukti.

“Lokasi kejadian adalah kawasan lombong tinggal dan laluan ke situ adalah jalan batu tidak berturap serta dikelilingi hutan simpan manakala jarak perjalanan dari jalan besar kira-kira tiga hingga empat kilometer,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis memohon orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau tidak dapat dihubungi supaya tampil ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: lombongMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd