• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Hidup Lionel Messi Bakal Dibawa Ke Pentas Teater

oleh Ahmad Albab
11/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRODUKSI teater popular Cirque du Soleil bakal mementaskan kisah hidup pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi tidak lama lagi.

Pementasan yang dihasilkan oleh PopArt Music bersama Sony Music itu dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Cirque du Soleil pernah mementaskan kisah hidup penyanyi Michael Jackson dan kumpulan The Beatles.

Cirque du Soleil yang bakal mementaskan kisah hidup Messi tidak lama lagi.

“Rasa gila dan tak percaya Cirque du Soleil mahu buat persembahan mengenai kisah hidup saya. Malah mereka juga akan mempersembahkan minat saya iaitu sukan bola sepak dalam teater ini.

“Cirque du Soleil juga merupakan persembahan kegemaran keluarga saya. Saya yakin ia akan menghiburkan orang lain juga,” ujar pemain berusia 31 tahun itu.

Pemilihan Messi dikatakan bertepatan kerana dia merupakan salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia.

Sepanjang kerjayanya, Messi pernah memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali, anugerah pemain terbaik Fifa pada 2009, anugerah Golden Boy pada 2005 dan banyak lagi.

Pemain kelahiran Argentina itu pernah bermain dengan pasukan Newell’s Old Boys dan kini bernaung di bawah pasukan Barcelona. – ABC.Net/mStar Online

Tags: Lionel Messiteater
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd