• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Cuba Bongkar Kes Rasuah Diperkosa & Dibunuh Kejam

oleh Ahmad Albab
11/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSPEK yang dikaitkan dengan kes rogol dan bunuh seorang wartawan warga Bulgaria akhirnya ditahan oleh Polis Jerman.

Pemuda berusia 21 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Viktoria Marinova, 30, yang sedang membuat siasatan berita sewaktu diperlakukan sedemikian.

Lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan pihak berkuasa yang menemui bukti kehadirannya di lokasi kejadian.

Seorang lagi suspek turut ditahan pada Selasa. Dia bagaimanapun sudah dibebaskan.

Menurut pendakwa raya, mangsa dikatakan diperkosa sebelum dibunuh.

Kes menjadi lebih rumit dan mendapat perhatian ramai apabila timbul desas-desus kononnya mangsa dibunuh kerana melakukan siasatan dan cuba untuk melaporkan beberapa kes rasuah di negaranya.

Awal minggu ini, beberapa pemimpin negara Eropah mendakwa wartawan itu dibunuh kerana membongkarkan aktiviti rasuah di negara tersebut.

“Sekali lagi wartawan yang berani menulis benda yang nyata, berani menentang rasuah diragut nyawanya,” tulis timbalan presiden Kesatuan Eropah, Frans Timmermans.

Pembunuhan kejam itu turut mendapat perhatian perdana menteri Bulgaria, Boyko Borissov.

“Saya dah baca macam-macam mengenai Bulgaria dan semuanya tidak benar,” ujarnya seolah-olah menafikan spekulasi mengenai gejala rasuah yang cuba dibongkarkan oleh wartawan tersebut.

Morinova merupakan wartawan ketiga yang dibunuh di negara Eropah tahun ini.

Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi merungkai motif sebenar di sebalik pembunuhan kejam itu. – NPR.Org/mStar Online

Tags: kes bunuhwartawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd