• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Mangsa Katering Popular Buat Laporan Polis

oleh
10/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang bakal pengantin terpaksa berputih mata selepas wang deposit yang dibayar untuk mendapatkan perkhidmatan sebuah katering terkenal lebur apabila syarikat itu dipercayai gulung tikar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 23, yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sebelum itu telah melayari laman sosial Facebook dan mencari perkhidmatan katering untuk majlis perkawinannya Mac tahun depan.

“Semasa melayari laman sosial Facebook pada Julai tahun lepas, mangsa telah tertarik dengan iklan pakej tawaran perkhidmatan katering dengan harga RM11,800.

“Ketika berurusan dengan syarikat berkenaan, mangsa diminta membuat bayaran deposit dan telah pergi ke cawangan syarikat berkenaan di sini bersama ibunya untuk membuat pembayaran deposit RM5,000 kepada syarikat itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya bagaimanapun, pada 18 Ogos lalu mangsa telah menyedari tentang ketidakpuasan hati pelanggan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat itu yang tular di media sosial menyebabkannya cuba mendapatkan semula wang tersebut.

Bagaimanapun tindakan itu gagal kerana dipercayai syarikat itu telah gulung tikar dan pengurusan syarikat itu di ibu pejabat dipercayai telah melarikan diri seperti yang tular di dalam media sosial menyebabkan mangsa membuat laporan polis di IPD Kuantan kerana merasa tertipu,” katanya. – BERNAMA

Tags: katering
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Mangsa Penipuan Katering Popular Buat Laporan Polis

08/10/2018
0

KUANTAN - Seorang bakal pengantin tampil membuat laporan polis kerana mendakwa turut menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pengendali makanan terkenal....

Kisah Pengantin Sanggup Masak Jamu 2,000 Tetamu

21/01/2018
0

"SAYA tidak kisah hanya memakai pakaian yang murah, asalkan makanan disediakan terbaik dan sedap serta menggembirakan tetamu,” kata Muhammad Syukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd