• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serbuan Kes Khalwat Di Kelantan Ikut SOP – Mohd Amar

oleh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menjelaskan serbuan berkaitan kes khalwat di negeri ini oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sehingga kini, pihak berkuasa itu melaksanakan tugas mengikut peraturan iaitu bertindak selepas menerima aduan termasuk daripada ketua kampung atau orang ramai.

“SOP ini dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang ini, tiada campur tangan orang politik dan dijalankan mengikut peraturan.

“Mengetuk semua bilik dan mengintai itu bukan cara dibenarkan Islam dan kita tidak guna kaedah macam itu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka di sini, yang juga legasi Allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bakal diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Mohd Amar berkata pengambilalihan itu adalah atas permintaan keluarga Allahyarham serta pemilik tanah pusat pengajian agama itu.

“Di sini saya mengesahkan YIK akan mengambil alih pengurusan Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka yang kini diuruskan Nik Omar, iaitu anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Kami sendiri menerima pemohonan itu daripada keluarga Allahyarham yang mendakwa sebagai pemegang amanah maahad tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: khalwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd