• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UFC Gantung McGregor Sebulan

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Conor McGregor digantung selama satu bulan oleh UFC berikutan kekalahannya kepada Khabib Nurmagomedov.

McGregor dari Ireland mengangkat bendera putih di pusingan keempat, sekali gus menghadiahkan kejuaraan UFC lightweight kepada Khabib.

Tidak terhenti di situ, Khabib kemudian melompat keluar dari pagar gelanggang dengan sasaran menyerang rakan selatihan McGregor, Dillon Danis.

Presiden UFC, Dana White melalui rakaman video di laman web UFC berkata, gelaran yang dipegang oleh jaguh Russia itu tidak akan dilucutkan dan sebarang tindakan yang bakal diambil ekoran kekecohan itu hanya akan dilakukan oleh Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC).

Susulan daripada itu, Mcgregor berang dan menuntut untuk bertarung sekali lagi, namun UFC telah membuat keputusan untuk menggantungnya sehingga 6 November atas alasan perubatan.

Khabib bagaimanapun terlepas daripada penggantungan tersebut selepas dia lulus dalam ujian perubatan.

NAC kelmarin mengeluarkan laporan perubatan pertarungan antara Khabib dengan Conor McGregor.

“Inilah realiti, ini sukan yang paling perlu mendapat pengasan di seluruh dunia.

“Sekiranya mengalami kerosakan di kepala, mereka boleh digantung selama tiga bulan. Conor dilarang beraksi untuk tempoh tiga bulan oleh doktor yang merawatnya dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan sehingga mendapat kebenaran daripada doktor terbabit,” kata White.

Petinju secara lazimnya digantung oleh UFC berdasarkan pemeriksaan perubatan oleh doktor mereka sendiri selepas tamat perlawanan.

Pergantungan tersebut ada kalanya mengambil tempoh masa lama sebagai langkah berjaga-jaga untuk kembali ke gelanggang pertarungan.- AGENSI

Tags: conor mcgregordigantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Digesa Tidak Naikkan Tambang -APAD

KESA FC Digantung, Disingkir Daripada Liga Terengganu

16/01/2024
0

KUALA TERENGGANU: KESA FC yang terbabit dengan insiden pergaduhan dalam Liga Bolasepak Terengganu (TFL) minggu lalu digantung dan disingkirkan daripada...

Hak, Keistimewaan Inspektor Sheila Digantung

Hak, Keistimewaan Inspektor Sheila Digantung

26/06/2023
0

PETALING JAYA: Pegawai polis wanita, Inspektor Percubaan S Sheila Sharon telah dikenakan tahan kerja oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd