• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KESA FC Digantung, Disingkir Daripada Liga Terengganu

oleh Mohd Arshad
16/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Digesa Tidak Naikkan Tambang -APAD
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: KESA FC yang terbabit dengan insiden pergaduhan dalam Liga Bolasepak Terengganu (TFL) minggu lalu digantung dan disingkirkan daripada pertandingan itu bermula semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Datuk Marzuki Sulong berkata, tindakan seterusnya ke atas pasukan, pegawai dan pemain kelab dari Besut itu akan ditentukan kemudian selepas diperhalusi jawatankuasa tatatertib.

Beliau berkata, insiden memalukan itu meninggalkan kesan yang begitu mendalam bukan sahaja dalam arena bola sepak negeri malah juga negara.

“Jawatankuasa Pertandingan yang dipengerusikan saya sendiri sudah bersidang semalam bagi membincangkan bentuk hukuman berkenaan insiden pergaduhan itu.

“Selepas mengambil kira pelbagai aspek dengan merujuk kepada laporan pegawai perlawanan, video pada hari kejadian serta merujuk kepada Peraturan Pertandingan TFL 2023 Perkara 30.5 (Kelakuan ganas/kelakuan tidak tertib) pemain, pegawai dan penonton KESA FC serta Perkara 9.2.5.

“KESA FC gagal mengawal pemain dan pegawainya daripada melakukan tindakan ganas hingga mendatangkan kecederaan parah kepada beberapa pemain dan pegawai pasukan NAG FC dan seterusnya diambil tindakan serius oleh polis yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Bagi mengelak perkara berkenaan berulang kembali dalam pertandingan, jawatankuasa TFL bersetuju sebulat suara memutuskan KESA digantung dan terkeluar daripada pertandingan TFL 2023 berkuat kuasa pada tarikh surat ini berdasarkan kuasa dan peruntukan yang ada dalam manual peraturan TFL 2023.

“Jadi semua perlawanan yang membabitkan KESA tidak akan diambil kira serta perubahan carta kedudukan tanpa membabitkan perlawanan kelab itu,” kata Marzuki.

Jumaat lalu, aksi KESA dengan NAG FC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dicemari dengan insiden pergaduhan hingga menyebabkan seorang pegawai pasukan NAG cedera teruk di bahagian muka sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

BHonline-

Tags: digantungDisingkirKESA FCLiga Terengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Digesa Tidak Naikkan Tambang -APAD

Next Post

Tun M Suarakan Kebimbangan Jika RUU Penggal Tetap Diwujudkan

Related Posts

Hak, Keistimewaan Inspektor Sheila Digantung

Hak, Keistimewaan Inspektor Sheila Digantung

26/06/2023
0

PETALING JAYA: Pegawai polis wanita, Inspektor Percubaan S Sheila Sharon telah dikenakan tahan kerja oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ikuti...

Jurulatih Tampar Pemain Remaja Perempuan Digantung

Jurulatih Tampar Pemain Remaja Perempuan Digantung

02/01/2023
0

Seorang jurulatih yang didakwa menampar dua pemain remaja perempuan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan...

Next Post
KESA FC Digantung, Disingkir Daripada Liga Terengganu

Tun M Suarakan Kebimbangan Jika RUU Penggal Tetap Diwujudkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd