• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Gesa Langkah Lebih Beri Impak Cegah Ekstremisme

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk melibatkan diri dalam langkah-langkah balas yang lebih memberi impak dan substantif untuk mencegah ekstremisme ganas.

Ketika menyuarakan kebimbangan Malaysia tentang keperluan bagi pencegahan ekstremisme ganas pada sesi ke-205 lembaga eksekutif UNESCO di Paris pada Selasa, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata usaha yang lebih meluas untuk memupuk keamanan dan saling menghormati di kalangan negara harus digerakkan.

“Ketika kita berusaha ke arah keamanan dan pembangunan mampan, kanak-kanak dan belia di seluruh dunia terdedah kepada bibit-bibit ekstremisme.

“Mereka terdedah kepada ideologi yang menjurus kepada kebencian, dan maklumat atau salah maklumat yang boleh mencetuskan reaksi yang tidak diingini,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada mesyuarat itu.

Teks ucapan beliau dihantar ke sini, malam ini.

Maszlee menambah bahawa walaupun ramai yang menangani ekstremisme melalui pelbagai cara, namun Malaysia melihatnya sebagai sebahagian daripada gejala.

“Oleh itu, untuk mengekang ekstremisme ganas puncanya harus ditangani. Malaysia percaya bahawa untuk memerangi ideologi radikal, kita memerlukan langkah balas yang lebih berkesan dan substantif dengan memupuk keamanan dan saling menghormati secara meluas di kalangan negara-negara, ” katanya.

Beliau juga melahirkan harapan Malaysia untuk melihat lebih banyak dialog antara budaya diusahakan sebagai sebahagian daripada advokasi dan pembangunan kapasiti ke arah dunia yang lebih aman lagi harmoni. – BERNAMA

Tags: EkstremismeUNESCO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

10/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd