SEREMBAN – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta rakyat Negeri Sembilan tidak mengundi MCA kerana mendakwa mengundi MCA bermakna mengundi PAS.
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY dalam satu kenyataan media mendakwa, MCA telah diiktiraf oleh PAS sebagai sekutu yang tidak menentang parti itu.
“DAPSY memberi amaran bahawa tindakan MCA dan MIC ketika ini tidak ubah seperti ‘membawa masuk musuh ke dalam negara’
“Kali ini akibatnya dijangka jauh lebih buruk berbanding sebelum ini,” dakwa Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY.
Dakwaan itu dibuat menerusi satu kenyataan media dalam bahasa Cina yang terjemah kepada Bahasa Melayu menggunakan aplikasi ChatGPT.
DAPSY turut mengkritik MCA dan MIC kerana didakwa sedar konon PAS akan membawa Malaysia ke arah ekstremisme berteraskan pemerintahan agama.
DAPSY mendakwa konon MCA mengambil sikap bahawa kemenangan pilihan raya adalah keutamaan dengan mengorbankan masa depan rakyat. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DAPSY Malaysi


