• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan Palsu: Pengarah Urusan, 6 Pegawai Eksekutif Syarikat Ditahan SPRM

oleh
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah urusan bergelar Datuk dan enam pegawai eksekutif syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung di sekitar negeri ini.

Menurut sumber, kesemua suspek telah membuat tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja tersebut dari tahun 2014 sehingga sekarang sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

“Jumlah kos penyelenggaraan melibatkan sebanyak RM50 juta sehingga RM70 juta setahun,” kata sumber itu.

Kesemua suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita itu, berusia antara 30-an dan 60-an dan daripada syarikat yang sama ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 9 malam semalam (8 Okt) dan 9 pagi tadi.

Menurut sumber, siasatan masih diteruskan bagi mengesan dan membuktikan syarikat-syarikat lain yang terlibat di sebalik tuntutan ini.

“Anggaran tuntutan palsu untuk tahun ini sahaja RM2 juta. Bagi tahun-tahun lain, masih dalam siasatan SPRM. Syarikat ini diberikan kontrak menyelenggarakan jalan-jalan kampung di seluruh Johor. Dipercayai kerajaan negeri Johor melalui sebuah anak syarikatnya mempunyai saham di dalam syarikat ini,” tambah sumber berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan tiga suspek telah direman hari ini dan tiga lagi suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes itu yang melibatkan projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan kampung yang sepatutnya menjadi kepentingan masyarakat luar bandar, dilihat sebagai sesuatu yang SPRM tidak akan berkompromi dengan tindakan kakitangan syarikat tersebut yang membelakangkan kepentingan awam.

“Anggaran keseluruhan wang tunai yang disita adalah melebihi RM800,000,” tambah beliau serta menambah tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan ke atas individu lain yang terlibat. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd