• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Klang Selatan Bongkar Makmal Dadah Haram

oleh
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Polis Klang Selatan berjaya membongkar makmal dadah haram disyaki syabu yang berselindung di sebalik operasi sebuah kilang pengeluar tikar getah di Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, dalam serbuan pada 3 Okt lepas.

Operasi antara pukul lapan pagi dan 1 tengah hari itu turut membawa kepada penahanan dua lelaki beradik berumur 25 dan 30 tahun yang merupakan pemilik kilang terbabit, dua penjaga kilang warga Bangladesh serta seorang lelaki warga Iraq dipercayai bekerja sebagai ahli kimia.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata dua penjaga kilang berumur 31 dan 32 tahun itu ditahan di kilang berkenaan sementara dua pemilik kilang yang merupakan warga tempatan serta warga Iraq berumur 30 tahun terbabit, ditahan di kawasan Cheras dekat sini.

“Dalam serbuan itu, turut dirampas sejumlah dadah disyaki syabu seberat 412 gram, meth oil seberat 2,385 gram, ephedrine seberat 20,000 gram serta bahan-bahan kimia dan peralatan memproses dadah, kesemuanya bernilai kira-kira RM200,000.

“Selain itu, polis juga menyita dua buah kereta jenis Mazda 3 dan sebuah lori jenama Isuzu yang semuanya bernilai kira-kira RM250,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata makmal dadah itu ditemui di dalam sebuah bilik yang dikawal rapi di kilang berkenaan yang telah beroperasi sejak 2012.

Menurut beliau lagi, hasil maklumat risikan pihaknya percaya sindiket berkenaan menggunakan modus operandi kawasan kilang lama yang seakan-akan sudah tidak beroperasi serta jauh dari penempatan awam untuk memproses dadah bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan.

“Operasi sindiket ini dikesan sejak dua bulan lalu dan kita juga sedang siasat dadah diproses untuk pasaran mana.

“Berkenaan warga Iraq itu, meskipun dia mendakwa dirinya seorang ahli kimia, namun setelah disiasat dia tiada pengalaman sebagai ahli kimia dan kita masih siasat mengenai penglibatannya dalam kes ini serta sama ada dia masuk ke Malaysia sebagai pelancong atau pelajar,” katanya menambah lelaki Iraq itu memiliki dokumen perjalanan yang sah sementara dua warga Bangladesh terbabit tidak memiliki pasport.

Dalam kes berasingan, Shamsul Amar berkata bertindak atas maklumat risikan pihaknya berjaya menahan seorang pengedar dadah warga tempatan berusia 29 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini, pada malam 4 Okt lepas.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sejumlah dadah disyaki syabu seberat 83.90 gram dan 150 bijil pil Eramin 5 bernilai kira-kira RM14,000 serta menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios bernilai kira-kira RM50,000.

“Pemeriksaan mendapati rumah berkenaan dijadikan stor dadah dan hasil maklumat risikan kami percaya dadah ini adalah untuk pasaran tempatan di sekitar Klang. Sindiket pengedaran dadah ini dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas dan kami sedang menyiasat sekiranya terdapat saki baki anggota sindiket.

Menurutnya, kesemua suspek bagi kedua-dua kes direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd