• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sempat ‘Panggil’ Ayah Walau Parah

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – “Ayah…,” itulah perkataan diluahkan penuntut Kolej Tun Ahmad Zaidi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, ketika ditemui terbaring berlumuran darah selepas terjatuh dari tingkat dua kolej kediaman itu kelmarin.

Gadis berusia 23 tahun itu dan berasal dari Kelantan ditemui dalam keadaan berlumuran darah jam 1.55 tengah hari oleh penghuni kolej berkenaan.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, penuntut tahun dua UNIMAS itu dikatakan cuba masuk ke bilik rakan selepas tertinggal kunci.

Menurutnya, mangsa kemudian memanjat tingkap untuk masuk ke bilik sebelah namun dipercayai tergelincir sebelum terjatuh.

“Impak daripada kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. Kejadian hanya disedari seorang penuntut kolej sebelum segera membantu membawa mangsa ke Pusat Jantung untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan selepas saksi membuat laporan.

Katanya, mangsa kemudian dirujuk ke Zon Merah Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk rawatan lanjut kerana kecederaan serius dialaminya.

“Punca kejadian sebenar masih belum dapat dipastikan kerana mangsa perlu menerima rawatan lanjut kerana berada dalam keadaan kritikal.

“Setakat ini siasatan menjurus ke arah kemalangan dan polis akan mengambil keterangan selepas keadaan mangsa stabil,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: jatuhpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Tiada Unsur Buli Dikesan Dalam Kematian Pelajar Tingkatan 4

Tiada Unsur Buli Dikesan Dalam Kematian Pelajar Tingkatan 4

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub REMBAU, 20 Jun 2026 — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan setakat ini tiada unsur buli dikesan dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd