• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK PD: Petugas Media Gempar Khabar Palsu Rusuhan

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Petugas media yang sedang membuat liputan pengundian awal hari ini digemparkan kononnya berlaku rusuhan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) berhampiran PD Waterfront, dekat sini.

Beberapa petugas media yang menerima khabar menerusi aplikasi WhatsApp, bergegas ke lokasi kejadian dan menyedari maklumat itu palsu apabila tiada apa-apa berlaku seperti yang didakwa.

Petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang tiba awal di lokasi untuk menghadiri sidang media harian PH mendapati tiada sebarang insiden rusuhan berlaku di kawasan sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Faisal Mohd Noor menafikan berlaku sebarang insiden rusuhan di Bilik Gerakan Utama PH.

Beliau berkata polis yang menerima laporan kejadian itu daripada orang awam pada 10.55 pagi menghantar satu Pasukan Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bawah seliaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri untuk memantau keadaan.

“Kita terus ke lokasi kejadian dan tiba pada 11.05 pagi. Kita mendapati tiada kejadian rusuhan berlaku,” katanya kepada Bernama di sini.

Dalam perkembangan lain, tinjauan Bernama mendapati proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson berjalan lancar. – BERNAMA

Tags: mediaPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd