• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Paskal Kutip RM16 Juta Untuk 11 Hari Tayangan

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Filem Paskal yang diinspirasikan pengorbanan sebenar anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM16 juta dalam tempoh 11 hari tayangannya.

Pengarah filem Paskal Adrian Teh berkata, sambutan memberangsangkan itu menunjukkan peningkatan kepercayaan penonton terhadap filem tempatan berunsur aksi ketenteraan.

Katanya, secara langsung dapat menanam sifat patriotik rakyat terhadap pengorbanan anggota tentera terutama Paskal.

“Sudah tentu saya dan produksi filem Paskal akan berbesar hati dengan sokongan dan sambutan orang ramai yang terus menonton Paskal.

Produksi filem Paskal menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada waris Pasukan Penyelamat Di Air.

“Saya secara peribadi tidak meletakkan sebarang sasaran kutipan namun hanya berharap penonton mengetahui kehebatan wira tidak didendang ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Selangor di Bukit Jelutong.

Terdahulu beliau bersama produksi filem Paskal menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada waris Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang diterima oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman.

Mula ditayangkan pada 27 September lepas, Paskal The Movie dibarisi pelakon Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Gambit dan Jasmine Suraya Chin itu sudah ditayangkan di Brunei.

Negara Singapura pula bakal menayangkan filem berkenaan pada 8 Oktober lalu.

Sementara itu, pelakon Jasmine memberitahu, filem itu mempunyai kekuatan sendiri dengan menerapkan dan menonjolkan kekuatan elemen ketenteraan negara kita.

“Hasil maklumbalas diterima daripada rakan-rakan sendiri yang menonton filem terbabit mendapati mereka amat menyukai kesemua adegan yang dipamerkan dalam Paskal,” jelasnya. – K! ONLINE

Tags: ArtisFilem Paskal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd