• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GRO Vietnam Tawar Seks Di Ladang Kelapa Sawit Ditahan

oleh Cj Mnh
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 11 wanita warga Vietnam yang dipercayai menawarkan khidmat seks ditahan Jabatan Imigresen di sebuah restoran di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Cina, Sitiawan semalam.

Turut ditahan dalam Op Mega 3.0 itu, dua lelaki tempatan yang dipercayai melakukan kesalahan melindungi kesemua wanita warga Vietnam itu.

Pengarah Imigresen Perak, Kamaluddin Ismail berkata, dalam serbuan pada pukul 12 malam hingga 2 pagi itu, restoran itu turut menawarkan perkhidmatan karaoke dan warga Vietnam itu dipercayai menjadi gadis pelayan pelanggan (GRO) di dalam 15 bilik yang disediakan.

Menurutnya, hasil risikan selama dua minggu, pihaknya percaya restoran dua tingkat itu turut menyediakan perkhidmatan seks berdasarkan penemuan kondom di dalam bilik karaoke.

“Kesemua 11 wanita itu berusia dalam lingkungan 15 hingga 42 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di dalam premis tidak berlesen itu.

“Manakala dua lelaki disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.

Menurut Kamaluddin, daripada 11 tangkapan itu, seorang turut melakukan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini, dua wanita menyalahguna pas lawatan manakala lapan lagi tiada dokumen perjalanan yang sah. – UTUSAN ONLINE

Tags: GROKhidmat Seks
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd