• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mana Pergi Pen Drive Kait Pembunuhan Dengan 1MDB?”

oleh Haris
09/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang beberapa kali mengaitkan beliau dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

Najib menyoal di manakah “pen drive” yang ditimbulkan tiga tahun lalu, yang didakwa mengandungi bukti-bukti kaitan pembunuhan Kevin Morais dengan kes 1MDB dan SRC.

“Sama seperti kes pembunuhan Hussain Najadi, Lim Kit Siang antara orang pertama yang cuba mengaitkan saya dengan pembunuhan Kevin Morais,” kata Najib dalam hantaran terbaharunya di Facebook.

Menurut Najib, tiga tahun lalu, Charles Morais, adik kepada mangsa bunuh Kevin Morais datang ke Malaysia dari Amerika Syarikat selepas tiga tahun tinggal di sana, dan berkempen bersama Pakatan mengaitkan beliau dengan pembunuhan itu.

Menurut bekas perdana menteri, “Charles mengadakan sidang media dan menyatakan bahawa beliau telah membuat Surat Akuan Sumpah dan mendakwa ada padanya satu pen drive) kononnya diterima dari Kevin dan mengandungi bukti-bukti kes 1MDB/SRC serta bukti mengapa Kevin dibunuh.

“Selepas membuat sidang media tergempar ini, Charles terus menghilangkan diri dan keluar dari Malaysia.”

Sejurus itu Kit Siang terus membuat kenyataan mengaitkan Najib dan 1MDB dengan pembunuhan Kevin.

“Selepas Kit Siang berbuat demikian maka tentera dan jentera propaganda DAP pun bergerak bagi mengaitkan pembunuhan kejam Kevin dengan saya,” kata Najib.

Najib seterusnya mempersoalkan di manakah pen drive yang didakwa mengandungi bukti kaitan 1MDB dengan pembunuhan itu yang disebut dalam akuan bersumpah Charles.

“Persoalannya kini ialah di mana pen drive itu? Selepas tiga tahun ia masih tidak ditemui,” soal Najib.

“Siapakah yang mendorong Charles Morais untuk mengupah peguam dan membuat sidang akhbarnya pada masa itu?” soal Najib lagi.

Jelas Najib lagi, DAP sebelum ini turut mengaitkan kerajaan BN dengan pembunuhan Teoh Beng Hock, sedangkan mangsa dipercayai mempunyai maklumat rasuah yang melibatkan DAP.

“Saya menulis kesemua ini kerana berharap rakyat Malaysia akan berfikir dengan lebih mendalam lagi dan tidak mudah dipengaruhi aturan propaganda terancang pihak-pihak tertentu,” tambahnya lagi.

Najib juga mempersoalkan kenapa Kit Siang tidak berani mendesak kerajaan PH memulakan siasatan khas ke atas kes-kes pembunuhan ini.

“Ini soal keadilan untuk nyawa empat orang, YB Kit Siang.

“Jangan main-main dan pusing-pusing lagi,” tegas Najib. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKes Bunuh Kevin MoraisLim Kit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd