• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LZS Salur RM11.8j Kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia

oleh
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyalurkan peruntukan berjumlah RM11. 8 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia bagi membantu membiayai rawatan perubatan pesakit yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Ketua Pegawai Penyelaras LZS Abdul Basith Hamid berkata sebanyak 18 buah hospital dan institut perubatan di sekitar Selangor akan menerima pengagihan peruntukan itu menerusi tabung berkenaan.

“Menyedari hakikat bahawa keperluan perubatan asnaf kian meningkat setiap tahun, maka LZS akan terus memberikan tumpuan kepada keperluan ini.

“Sumbangan dana ini telah diwujudkan sejak 2008 dalam bentuk kewangan bagi membantu rakyat Selangor atau yang bermastautin di negeri ini, yang mana mendapat rawatan di hospital di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peruntukan itu di Hospital Shah Alam di sini, hari ini.

Penyerahan peruntukan itu disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin dengan disaksikan isteri Menteri Besar Selangor Masdiana Muhammad, Pengerusi LZS Tan Sri Seri Syed Anwar Jamalullail dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Antara hospital yang menerima peruntukan itu ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Yayasan Institut Jantung Negara.

“Selain digunakan untuk membiayai rawatan perubatan, dana ini juga digunakan pihak hospital untuk membeli peralatan perubatan yang diperlukan pesakit,” tambah Abdul Basith.

Sementara itu, beliau berkata LZS juga bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM10,000 kepada setiap keluarga dan waris enam anggota bomba yang maut ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu lepas.

Beliau berkata bantuan itu diberikan untuk mengurangkan beban yang ditanggung keluarga akibat kehilangan sumber pendapatan utama.

“Jumlah keseluruhan bantuan berjumlah RM60, 000 ini akan disampaikan kepada keluarga berkenaan dalam tempoh terdekat. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan keluarga yang ditinggalkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd