• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAP Buka Pusat Penyelesaian Pertama ASEAN Di KL

oleh Cj Mnh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin aplikasi perisian perusahaan global, SAP, telah membuka pusat penyampaian penyelesaian (SDC) di Kuala Lumpur, yang pertama seumpamanya di ASEAN bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatannya di rantau ini.

Pusat SDC ke-19 itu dijangka meningkatkan keberkesanan kos dan penyampaian perkhidmatan berskala untuk perusahaan yang menggunakan teknologi SAP.

“Malaysia terletak di tengah-tengah ASEAN di mana terdapat pelbagai syarikat multinasional (MNC) dari seluruh dunia beroperasi di sini,” kata Pengarah Urusan SAP Malaysia, Duncan Williamson, dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood mengalu-alukan pelaburan SAP sambil menambah kerajaan akan meneruskan usaha berterusan untuk menjadikan Malaysia destinasi pilihan bagi syarikat-syarikat teknologi terkemuka di dunia.

Katanya, MDEC yang berperanan ‘memperjuangkan ekonomi digital Malaysia’, menyasarkan Malaysia menjadi hab teknologi utama di SEA.

“Malaysia sentiasa menjadi batu loncatan kepada negara-negara ASEAN untuk MNC, syarikat pemula dan usahawan seluruh dunia. Terletak di tengah-tengah rantau ASEAN, Malaysia mampu menghubungkan perniagaan ke pasaran serantau yang mempunyai lebih 625 juta orang,” kata Yasmin.

SAP mempunyai 404,000 pelanggan di 180 negara di seluruh dunia. Kesemuanya adalah syarikat kelestarian korporat Dow Jones, 98 peratus daripadanya merupakan 100 jenama paling bernilai dunia dan 92 peratus daripadanya tersenarai sebagai syarikat Forbes Global 2000. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Ditemui Parah Berhampiran Tangga Sekolah Di Kulim

Pelajar Ditemui Parah Berhampiran Tangga Sekolah Di Kulim

06/10/2026
0

KULIM - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditemui terbaring parah berhampiran tangga di sebuah sekolah di sini kira-kira pukul 3.30...

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya menghantar pulang pelarian yang bersetuju secara sukarela dan telah menandatangani dokumen persetujuan untuk kembali ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd