• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ewon Mahu Aduan Peserta Mesej, Kampung Sejahtera, Ladang PPRT Ditangani

oleh Cj Mnh
08/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Datuk Ewon Benedick mahu setiap aduan peserta program Mini Estet Sejahtera (Mesej), Kampung Sejahtera dan Ladang Program Rakyat Termiskin (PPRT) ditangani dengan sebaik-baiknya.

Ini bagi memastikan matlamat program terbabit untuk mengangkat golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan dapat direalisasikan.

Pelaksanaan program adalah berasaskan niat baik untuk membela komuniti miskin dengan menyediakan bukan hanya rumah kepada peserta tetapi juga kemudahan asas seperti elektrik, bekalan air serta jalan raya selain sumber pendapatan dari segi upah dan juga dividen, katanya ketika berucap menyampaikan amanatnya di KPLB, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya beliau mahu peruntukan kementerian dibelanjakan sebaik-baiknya agar dapat memberi impak maksimum kepada peserta program terbabit dan bukan bersifat ala kadar atau sekadar melepaskan batok di tangga.

Merujuk kepada Program Ladang PPRT, Ewon berkata jika agensi pelaksana gagal menguruskan ladang berkenaan sehingga tidak dapat menjana pendapatan kepada peserta, sewajarnya tanggungjawab tersebut diberikan kepada agensi atau pihak lain yang lebih berkeupayaan.

Sementara itu, mengenai penjenamaan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang telah dipersetujui kerajaan negeri, beliau berkata pada masa ini pihaknya sedang merumuskan pelantikan pengerusi, setiausaha dan anggota MPKK di seluruh Sabah.

“Saya mahu, sebaik sahaja pelantikan MPKK dikeluarkan, perkara mustahak yang perlu diwajibkan ialah menyediakan data dan profil kampung masing-masing untuk disimpan di KPLB Sabah. Ia harus menjadi sebahagian daripada program latihan kepimpinan dan urus tadbir desa yang perlu disediakan,” katanya. –BERNAMA

Tags: LadangPPRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

Bina Baru PPRT RM56,000

03/04/2022
0

Lipis : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia untuk mengkaji semula kos bina baru dan baik pulih Projek Perumahan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd