• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terselamat Selepas Pisau 8 Inci Ditusuk Di Kepala

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki di Rusia terselamat daripada maut selepas sebilah pisau yang ditusuk dalam tengkoraknya ‘membantunya bernafas dengan lebih baik’.

Yury Zhokhov, 41, ditemui polis dalam keadaan melutut di sebuah padang, dengan pisau dapur lapan inci ditusuk pada kepalanya.

Dia mendakwa mahu membuat satu lagi lubang di kepalanya kerana dia tidak dapat bernafas dengan baik menggunakan hidungnya.

“Saya tak dapat bernafas guna hidung. Saya tebuk kepala untuk bernafas,” katanya.

Sumber penguatkuasaan undang-undang di bandar Donetsk di wilayah Rostov, Rusia berkata, lelaki berkenaan dalam keadaan sedar sepenuhnya, ketika ditemui.

Pemeriksaan sinar x menunjukkan kedalaman pisau yang ditusuk dalam kepala seorang lelaki. Foto east2west news

Berdasarkan pemeriksaan sinar x selepas dia dikejarkan ke hospital, menunjukkan betapa dalamnya pisau yang tertusuk di kepalanya.

Pihak perubatan berkata, ia satu keajaiban kerana dia tidak terbunuh atau mengalami mengalami kerosakan otak yang akut.

Pakar bedah mengeluarkan pisau berkenaan dan memberitahu lelaki tersebut selamat, tetapi dalam keadaan berisiko kerana kemungkinan jangkitan.

Seorang jurucakap Kementerian Kecemasan berkata: “Pisau itu sendiri tertusuk begitu dalam.

“Sinar x menunjukkan bilah pisau itu berada tepat di antara dua hemisfera otaknya,” katanya. – Mirror Online/mStar Online

Tags: kepalapisau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Mengamuk Guna Pisau Serang Orang Di Kajang Disahkan Pelajar Universiti Awam, Dakwa Hidup Tertekan

Wanita Mengamuk Guna Pisau Serang Orang Di Kajang Disahkan Pelajar Universiti Awam, Dakwa Hidup Tertekan

14/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan wanita warga asing yang ditahan susulan insiden mengamuk hingga mencederakan enam individu di Kajang semalam adalah...

Gunting, Pisau, Tali Dihantar Ke Jabatan Kimia: ‘Tiada Gambar Diambil’ – Saksi

Gunting, Pisau, Tali Dihantar Ke Jabatan Kimia: ‘Tiada Gambar Diambil’ – Saksi

04/02/2025
0

PETALING JAYA : Prosiding perbicaraan kes dihadapi ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, hari ini, menyaksikan Mahkamah Sesyen di sini diberitahu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd