• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Treler Sebabkan 5 Rentung Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Pemandu treler yang merempuh sebuah kereta sehingga mengakibatkan lima orang rentung dalam kemalangan di Km255.3 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara selepas Terowong Menora di sini semalam, ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata pemandu treler berusia 41 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.47 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu itu terpaksa membelok ke kanan menghimpit pembahagi jalan bagi mengurangkan kelajuan treler selepas mendapati brek kenderaannya gagal berfungsi, yang mengakibatkan ia melanggar kereta Perodua Myvi, Proton Iswara dan Kia Forte.

”Myvi dan Iswara terselamat dalam kemalangan itu… hanya Kia Forte yang tersepit dengan treler. Pemandu treler itu mendakwa dia tidak nampak sebuah kereta di kanan jalan ketika kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Katanya hasil semakan mendapati pemandu treler yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu mempunyai 13 saman trafik antaranya memandu melebihi had laju, manakala syarikat pemilik treler itu pula mempunyai 11 saman pelbagai kesalahan.

Menurutnya pemandu treler itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok untuk ditahan reman sekiranya proses siasatan masih belum lengkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Razali berkata beberapa individu dipercayai anggota keluarga mangsa kemalangan sudahpun tampil untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi proses pengecaman mayat.

“Ada dua keluarga yang datang hadir membuat pengecaman mayat. Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum dapat disahkan,” katanya.

Tinjauan Bernama di Hospital Kuala Kangsar mendapati beberapa individu dipercayai waris mangsa kemalangan hadir di perkarangan rumah mayat kira-kira pukul 9 pagi.

Difahamkan, tiga daripada lima mangsa yang rentung terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 60 tahun, serta seorang wanita berusia 37 tahun bersama bayi lelakinya yang baru berusia setahun, dan mereka dipercayai dalam perjalanan dari Selangor untuk menghadiri upacara keagamaan di Taiping. – BERNAMA

Tags: pemandu trelerpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd