• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Kerana Telefon Bimbit

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN BARU (Riau) – Misteri kehilangan seorang pelajar sekolah agama selama 20 hari akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Raya, Payung Sekaki di sini, pada Isnin lalu.

Rizky Aprianto, 20, yang belajar di Madrasah Aliyah dilaporkan hilang pada 11 September lalu selepas pulang dari sekolah dengan menunggang sebuah motosikal.

Mayat mangsa ditemui penduduk yang terjumpa tulang manusia yang dibakar di sebuah ladang kelapa sawit pada Isnin lalu.

Sehari selepas itu, polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai Ma yang turut ditembak di kaki kerana melawan ketika ditangkap pihak berkuasa.

Jurucakap polis, Sunarto berkata, susulan tangkapan berkenaan pihaknya berjaya menemui telefon bimbit dan sebuah motosikal milik mangsa yang ditanam tidak jauh dari lokasi mayat pelajar itu ditemui.

Menurutnya, suspek mengaku dia menahan mangsa yang menaiki motosikal sebelum membawanya ke sebuah pondok di dalam ladang kelapa sawit berkenaan.

“Suspek meminta Rizky menyerahkan barangan berharganya tetapi dia melawan menyebabkan lelaki itu memukul mangsa hingga mati.

“Bagi menghilangkan bukti, suspek membakar mangsa dengan pelepah kelapa sawit sebelum menanam motosikalnya,” katanya.

Suspek turut mengambil telefon bimbit mangsa yang kemudian dijual pada harga Rp500,000 (RM136).

Menurutnya, lelaki itu ditangkap selepas polis berjaya menjejaki nombor telefon bimbit mangsa yang digunakan oleh adik suspek. – Agensi/myMetro Online

Tags: kes bunuhremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd