• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Rancang Kemahiran Renang Diajar Di Sekolah

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – Kementerian Pendidikan sedang dalam peringkat perbincangan mengenai keperluan untuk mengajar pelajaran renang di sekolah, kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata cadangan tersebut disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan peningkatan kejadian lemas membabitkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

Katanya perbincangan tersebut turut mengambil kira masalah kekurangan kemudahan kolam renang terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.

“Kemahiran berenang ini sangat penting dalam kalangan anak-anak. Di Finland dan Australia serta beberapa negara lain, kemahiran berenang wajib diajar di sekolah.

“Di sekolah swasta juga banyak yang telah mewajibkan kelas renang dan di sekolah kerajaan, kita akan cuba adakan secara berperingkat-peringkat,” katanya kepada Bernama selepas melawat keluarga mangsa lemas Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Maszlee yang meluangkan masa selama setengah jam menziarah keluarga mangsa, turut menyampaikan ucapan takziah dan berharap mereka dapat bersabar dalam menghadapi ujian tersebut.

Beliau turut menyeru orang ramai terutamanya pelajar sekolah supaya tidak bermain atau mandi di kawasan larangan seperti tasik dan lombong bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Muhammad Ilham Fahmy, 17, lemas ketika memancing di lombong Taman Putra Perdana, di sini pada Rabu lepas.

Mayat remaja itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh pada 5.45 petang semalam dan selamat dikebumikan pada sebelah malam.

Dalam tragedi tersebut, seramai enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) turut maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ilham Fahmy.

Mereka ialah empat anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota daripada BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Kejadian berlaku pada 9.15 malam ketika mereka baru sahaja memulakan operasi mengesan remaja berkenaan. – BERNAMA

Tags: KPMRenang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sejauh mana dasar keselamatan dan antibuli Kementerian Pendidikan...

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd