• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Sambut Baik Saranan MBM Martabat Golongan Muda

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik saranan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamaluddin untuk memartabatkan golongan muda dalam negara.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata saranan itu bertepatan dengan aspirasi Malaysia Baharu yang ingin melihat golongan muda menjadi suara penting dalam pembentukan negara.

“Bagaimanapun AMK berharap MBM dapat melaksanakan penetapan had umur bagi kategori orang muda antara 15 tahun hingga 30 tahun, berbanding umur 15 hingga 40 tahun sebelum ini.

“Kami berpendapat had umur 15 hingga 30 tahun itu adalah umur yang sesuai dikategorikan sebagai orang muda dan sewajarnya hanya orang muda yang berumur bawah 30 tahun itulah selayaknya dipilih menjadi pemimpin dalam kalangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini sebagai mengulas ucapan Mua’amar Ghadafi pada mesyuarat perhimpunan agung tahunan MBM kali ke-67 semalam yang antara lain bertekad untuk memartabatkan golongan muda di Malaysia.

Dr Afif, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa serta Kesihatan Pulau Pinang, berkata AMK berhasrat meminta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar menyegerakan pelaksanaan had umur orang muda itu untuk memacu golongan berkenaan ke arah yang lebih baik pada masa hadapan. – BERNAMA

Tags: AMKMBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

23/04/2026
0

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa tindakan Pemuda PAS Selangor yang mendesak hukuman gantung 12 bulan terhadap...

Tubuh JK Khas Tangani Isu Warga Tanpa Negara Di Sabah – AMK

Tubuh JK Khas Tangani Isu Warga Tanpa Negara Di Sabah – AMK

10/06/2024
1

Putrajaya disaran supaya menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu kewarganegaraan di Sabah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Angkatan Muda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd