• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kazakhstan Minat Tarik Pelaburan, Teknologi Malaysia

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Kazakhstan, yang menonjolkan dirinya sebagai gerbang Asia Tengah antara Eropah dan Asia, berminat untuk menarik pelaburan dan teknologi dari syarikat-syarikat Malaysia dalam bidang yang menyaksikan negara mencapai kejayaan.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama pada Rabu di Majlis berkaitan Hubungan Luar yang berpangkalan di New York, di mana satu sesi khas mengenai Kazakhstan bertema ‘Kazakhstan in a Changing World’ dianjurkan, Arystan K. Kabikenov, Naib Menteri Pelaburan dan Pembangunan Kazakhstan, berkata pihaknya berminat untuk melihat syarikat-syarikat Malaysia menubuhkan operasi di negara itu.

Kazakhstan, katanya, menawarkan “faedah menarik” kepada pelabur asing, terutama dalam beberapa sektor yang dianggap sebagai industri utama.

“Kami, khususnya, berminat dalam teknologi pembuatan berteknologi tinggi. Malaysia mempunyai kekuatan dalam bidang elektronik dan pembuatan barangan elektrik,” kata Kabikenov.

Beliau berkata pada masa lalu, beberapa syarikat Malaysia telah berkunjung ke Kazakhstan untuk meneroka kemungkinan penghasilan getah dan bahan kimia.

“Saya harus menyatakan bahawa Kazakhstan, sebuah negara yang kaya dengan mineral dan sumber asli, telah mewujudkan satu zon kimia di mana syarikat asing boleh menubuhkan operasi pembuatan.

“Beberapa syarikat Malaysia yang menghubungi kami pada masa lalu berminat untuk membina loji bagi menghasilkan minyak berasaskan sawit,” katanya sambil menambah bahawa pengeluaran barangan elektronik dan elektrik “amat penting” kepada ekonomi Kazakhstan.

Dalam usaha mengetengahkan Kazakhstan sebagai satu “tapak pelaburan yang amat baik,” Kabikenov menonjolkan beberapa faedah terbaru kepada pelabur asing.

“Kami menawarkan satu percutian cukai selama 10 tahun, tanah yang hampir bebas kos, bekalan elektrik yang disubsidi, serta air dan sebagainya,” kata beliau.

Negara itu juga telah mewujudkan 10 zon ekonomi khas dengan beberapa “faedah menarik” kepada pelabur asing, kata naib menteri itu.

Beliau berkata Kazakhstan juga telah mengkaji perdagangan bebas dan zon perindustrian yang diwujudkan di seluruh dunia, termasuk Taman Perindustrian Kulim di Malaysia.

Kazakhstan, yang muncul sebagai satu daripada Negara Bebas Komanwel (CIS) selepas kejatuhan bekas Kesatuan Soviet dan ekonomi kedua terkukuh di rantau itu, disifatkan oleh beberapa pakar Amerika sebagai sebuah “ekonomi berpotensi tinggi” di Asia Tengah.

Sesungguhnya, lokasi Kazakhstan di rantau penting itu terletak antara Eropah dan Asia, merupakan kedudukan yang strategik dalam semua aliran perdagangan antara kedua-dua benua.

Menurut Kazakh Invest, agensi promosi pelaburan negara itu yang bakal menjadi rakan sejawat Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kazakhstan telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi pelaburan.

Tahun lepas, nilai Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Kazakhstan mencecah tahap US$21 bilion; FDI kumulatif dari 2005 hingga 2017 berjumlah US$264 bilion dan dari 1993 hingga 2017, kepada US$299 bilion.

Nilai dagangan global Kazakhstan berjumlah US$78.1 bilion pada 2017, dengan eksport US$48.5 bilion dan import US$29.6 bilion.

CEO Kazakh Invest, Saparbek Tuyakbayev, memberitahu Bernama bahawa kerajaan negara itu telah meletakkan strategi lima tahun yang baharu untuk menarik pelaburan.

“Kami sedang mengalami gelombang kedua pelaburan,” katanya.

Sementara itu, industri minyak dan gas yang pernah menjadi fokus utama Kazakhstan, terus dipromosi manakala sektor lain turut diberikan keutamaan yang sama seperti makanan dan pertanian, petrokimia, pelombongan dan logam serta mesin dan peralatan.

Selain itu, kerajaan negara tersebut berminat untuk menarik pelaburan dalam pembangunan infrastruktur. – BERNAMA

Tags: kazakhtanpelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd