• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas, Anak Perempuan Melecur Di Badan

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas serta seorang anak perempuannya melecur di badan akibat kebakaran yang hampir meranapkan sepenuhnya rumah mereka di Jalan Timah 9, Taman Sri Putri, Skudai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi, Leong Ah Kiow, 60, dan Hoo Pei Joo, 25, sedang berada dalam rumah dua tingkat itu bersama empat anggota keluarga lain dan seorang kenalan mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata Ah Kiow yang melecur 49.5 peratus anggota badan kini ditempatkan di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala Pei Joo yang melecur 10 peratus anggota badan ditempatkan di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Beliau berkata seorang lagi anak Leong iaitu Pang Kin Boon, 39, dan menantu perempuannya Ong Yee Wen, 28, turut dirawat di HSA kerana terhidu asap namun dilaporkan stabil dan sedar.

Seorang lagi anaknya iaitu Hoo Kim Pan, 25; menantunya Koh Qian Liang, 23; cucunya Pang Jun Xi, 1 tahun 8 bulan serta kenalan keluarga mereka, Ooi Wan Ching, 21, pula tidak mengalami kecederaan namun masih dalam pemantauan doktor.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Mohamad Riduan Akhyar berkata kebakaran itu turut memusnahkan tiga buah kenderaan iaitu Honda Accord, Mercedes Benz dan Nissan yang diletakkan di perkarangan rumah berkenaan.

Pada kejadian awal pagi tadi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.45 pagi sebelum sebuah jentera bersama sembilan anggota digegaskan ke lokasi.

“Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 6.15 pagi dan setakat ini, punca dan anggaran kerugian masih disiasat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranmelecur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd