• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTHM Boleh Jadi Contoh Pada IPTA Lain

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) boleh dijadikan contoh kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain di negeri ini apabila aktif mengimbangi bidang akademik dan kokurikulum di kalangan warganya termasuk siswa.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata aktiviti yang sering dilaksanakan oleh UTHM bagi kokurikulum membabitkan kegiatan sukan, rekreasi dan juga riadah, sekaligus menjadikan lepasan universiti tidak hanya menjadi ‘ulat buku’ tetapi mahir dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata perkara yang dilaksanakan oleh pihak UTHM ini sememangnya baik kerana ia akan membuatkan pelajarnya memahami kepentingan sukan dan aktiviti riadah.

“Salah satu daripada faedah bersukan ialah seseorang itu mampu mengekalkan kecerdasan fizikalnya, yang juga penting kepada golongan profesional yang banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran,” kata beliau.

“Amalan UTHM ini seharusnya dipuji, walaupun warganya sibuk dengan tugasan harian tetapi tetap tidak mengabaikan kegiatan sukan dan riadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan hadiah program Night Run UTHM 2018, yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Asri Selamat.

Sementara itu, Wahid berkata aktiviti yang dianjurkan itu terbuka kepada semua warga UTHM, termasuk staf akademik dan bukan akademik serta pelajar antarabangsanya.

“Kita juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik bersempena sambutan ulang tahun ke-25 UTHM tahun ini,”kata Wahid. – BERNAMA

Tags: kokurikulumUTHM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UTHM Sumbang RM90,000 Bantu Mangsa Banjir

02/01/2022
0

Batu Pahat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menggerakkan misi bantuan banjir yang kesembilan dengan mengedarkan peralatan keperluan harian...

Aktiviti Sukan, Kokurikulum Sekolah Dibenar Mulai 1 September

18/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah untuk pelajar sekolah mulai 1 Sept ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd