• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Man City Pantau Penyokong Liverpool

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL – Manchester City memasang peralatan pengawasan berkualiti di bas pasukan menjelang kunjungan ke Liverpool Ahad ini.

Pemasangan berkenaan, termasuk 15 kamera definisi tinggi ultra di sekeliling bas, dibuat susulan serangan ke atas kenderaan pasukan ketika kunjungan ke Anfield sebelum ini.

Sebelum pertembungan Liga Juara-Juara April lalu, penyokong Liverpool membaling botol, batu, suar dan mercun roket ke arah bas yang membawa Pep Guardiola dan anak buahnya, menyebabkan kerosakan bernilai beribu ringgit.

Walaupun terdapat amaran yang penyokong Liverpool akan memberikan sambutan seumpanya dan rakaman insiden berkenaan tersebar, polis Merseyside gagal membuat sebarang tangkapan.

Justeru City terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga menjelang perlawanan kali ini, kali pertama mereka kembali ke gelanggang berkenaan sejak aksi suku akhir itu.

Difahamkan kakitangan yang dilatih khas mengendali kamera-kamera berkenaan akan memantau sebarang isyarat kekecohan sepanjang perjalanan City. Sekiranya insiden April lalu berulang, gambar jelas mereka yang terbabit akan dirakam dan dihantar kepada pihak berkuasa. – AGENSI/BH ONLINE

Tags: LiverpoolManchester City
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd