• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Perlu Berhati-Hati Dalam Pemilikan Harta

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Polis Perak perlu sentiasa berhati-hati dalam pemilikan harta bagi elak persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu, kata Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hasan.

Katanya, setiap ketua jabatan dan polis daerah hendaklah lebih komited dalam mengawal dan memantau perkara itu bagi memastikan pasukan keselamatan sentiasa berada di landasan yang betul.

“Kegagalan dalam melaksanakan kawalan terhadap pegawai (polis) yang diselia akan mengakibatkan organisasi dipandang rendah dan dipersoalkan oleh masyarakat,” katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Kerian di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Ketua Cawangan Khas Perak, SAC Mazlan Santarai.

Dalam pada itu, Hasnan berkata pihaknya menyambut baik pengumuman penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana ia satu mekanisma untuk meningkatkan keyakinan awam terhadap polis.

Selain itu, katanya penubuhan suruhanjaya itu dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa dan meningkatkan kebolehpercayaan organisasi serta meningkatkan displin bagi mengelak anggota polis dari dikenakan tindakan.

Pada 27 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Rang Undang-Undang (RUU) untuk menubuhkan IPCMC akan dibentangkan di Parlimen bagi ganti Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi mempertingkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – BERNAMA

Tags: hartapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd