• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Syria Direman Akan Dihantar Balik Negara Asal

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lelaki warga Syria, Hassan Al Kontar yang sedang direman 14 hari kerana tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lepas akan dihantar pulang ke negara asalnya dalam waktu terdekat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu terpaksa diambil setelah Hassan menolak untuk tinggal di beberapa negara anggota ASEAN yang sudi menerimanya dan hanya mahu ke Kanada yang menetapkan dia hanya boleh memasuki negara itu dalam masa dua tahun dari sekarang.

“Malaysia tidak boleh membiarkan dia tinggal di klia2 selama 24 bulan. Jadi saya berharap Hassan menukar fikiran dan tinggal di mana-mana negara yang sudi menerimanya sementara berhijrah ke Kanada,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Pendaftaran Negara di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Hassan, 36 ditahan polis Isnin lepas kerana berada di ‘kawasan yang dilarang’ di klia2 dan direman selama 14 hari.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali ketika mengumumkan penahanan Hassan pada Selasa lepas berkata warga Syria itu bertindak memalukan Malaysia melalui pelbagai kenyataan di media sosial sejak memasuki Malaysia 7 Mac lepas. Dia juga memberikan alasan enggan pulang ke Syria kerana bimbang dipaksa menjadi tentera. – BERNAMA

Tags: hantar pulangWarga Syria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Gembira, Lega Dan Bersyukur”

28/04/2020
0

GEORGETOWN - Gembira, lega dan bersyukur. Itu luahan penuntut-penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dari zon tengah yang tiba di Pulau...

Warga Syria Maut Kereta Terbabas Berhampiran Mid Valley

13/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Syria maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran pusat membeli belah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd