• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Bebas Perlu Siap Kajian Urus Pekerja Asing

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Bebas Mengenai Pengurusan Pekerja Asing yang baharu ditubuhkan diberi tempoh sehingga November ini untuk menyiapkan kajian berkaitan pengurusan pekerja asing di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Sumber Manusia berkata Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bebas itu pada 29 Ogos lalu untuk melihat secara menyeluruh mengenai dasar dan pengurusan pekerja asing di negara ini.

“Jawatankuasa bebas ini akan membentangkan memorandum mengenai hasil kajian dan syor penambahbaikan untuk pertimbangan dan persetujuan pihak Kerajaan,” katanya.

Kenyataan itu berkata sesi libat urus ini akan diadakan di seluruh negara dan dijadualkan bermula pada 9 Oktober di Terengganu.

“Kesemua sesi libat urus ini akan melibatkan wakil majikan, pekerja, ahli akademik, Civil Society Organisation (CSO) dan pengamal media. Selain itu, mana – mana pihak yang mempunyai kepentingan di dalam isu penggajian dan pengurusan pekerja asing adalah turut dijemput hadir ke sesi ini.

Kenyataan itu berkata jawatankuasa bebas itu dipengerusikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Hishamuddin Yunus dan dianggotai oleh sembilan orang ahli yang terdiri daripada wakil akademik, wakil Civil Society Organisation (CSO), pakar dan tokoh dalam bidang perundangan, ekonomi dan pasaran buruh.

Kenyataan itu berkata bekas Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin merupakan Timbalan Pengerusi jawatankuasa itu.

Sembilan anggota jawatankuasa itu adalah Profesor Adjunct Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik ISIS, Profesor Dr. Azizah Kassim, C. Selvaraja (Peguamcara dan peguambela pengkhususan kes Imigresen), Datuk Seri M Ramchelvam (Majlis Peguam), Tan Sri Sukarti Wakiman (bekas Ketua Setiausaha Negeri Sabah), Datuk Salleh Sulaiman (bekas Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak).

Ahli-ahli lain adalah Jerald Joseph (Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Alex Ong Kiang Yen (Pengasas Yayasan Migrant Care), Jenny Ooi (Pengasas dan Juruperunding Jenny Ooi & Associates) dan Vimaleswari K. Ramasamy (Pengarah Urusan HIS Markit).

“Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa ini telah dilantik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui watikah perlantikan pada 21 September lalu,” katanya.

Kenyataan itu berkata Jawatankuasa Bebas Mengenai Pengurusan Pekerja Asing akan diurusetia oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia. – BERNAMA

Tags: jawatankuasa bebaspekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

08/01/2025
0

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang kitar semula memproses pelbagai sisa elektronik dan bahan berjadual secara haram, dibongkar dalam serbuan pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd