• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanjung Nik Aziz.. Hati-Hati Jangan Sampai Rosak Iman

oleh AK-47
15/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA ada kematian, seeloknya orang ramai mendoakan roh jenazah, ahli keluarganya dan mengucapkan takziah sebagaimana diajar baginda Nabi Muhammad SAW kepada kita.

Pengerusi Biro Pemuda IPT Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, orang ramai tidak perlu menceritakan apa yang berlaku di persekitaran seperti melibatkan matahari dan awan kerana ia bersalahan dari segi akidah Islam.

“Untuk kaitkan apa yang berlaku di persekitaran adalah salah di sisi akidah.

“Walaupun ia tidak sampai ke syirik besar, mempercayai unsur sebegitu adalah khurafat,” katanya kepada Mynewshub ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas demikian, berkenaan penyebaran kisah-kisah aneh di kawasan kediaman dan sekitar tanah perkuburan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini tersebar di laman sosial dan aplikasi mesej.

Antara kisah yang disebarkan adalah kepulan awan membentuk kalimah Allah dan ratusan ekor burung didakwa terbang secara berkumpulan di sekitar rumah Allahyarham.

Apabila disebarkan maka ramailah yang jadi ‘nasi tambah’ kononnya fenomena itu berlaku susulan pemergian ulama yang cukup zuhud dan tinggi keperibadiannya.

Untitled

Bagi Fathul Bari, kepercayaan sebegini perlu dikikis dari dunia orang melayu Islam.

fathul (1)

 

Sememangnya…bukan hendak menidakkan kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seumpama ini.

Malah ada cerita bila mana wafatnya Ibrahim anak Rasulullah, ramai orang ramai mengatakan matahari bersedih sehingga menjadi gerhana.

Namun tatkala cerita ini sampai ke pengetahuan Baginda, Rasulullah melarang berkata demikian menerusi sabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana dan langit tidak hujan dengan kematian salah seorang daripada kamu”.

Wallahualam…. apapun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia. – MYNEWSHUB.CC

Video Biodata Allahyarham Nik Aziz

Oleh : FARAH

Tags: Allahpengebumian nik aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dinar Tertera Nama Allah, Muhammad Dijual 3.7 Juta Euro

26/10/2019
0

LONDON - Saiznya mungkin wang syiling satu euro namun dinar berusia 1,200 tahun itu bernilai 3.7 juta euro. Bertarikh 723...

Sarajun Makin Biadab, Tahan Allah Tiada Tauliah Ceramah

22/10/2017
0

SHAH ALAM – Aktivis propembangkang dan bekas Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Abdul Hassan tampak makin biadab apabila tiada sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd