• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Kesal PH Tangguh Projek Rakyat

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pergerakan Wanita UMNO menzahirkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan dan membatalkan projek-projek rakyat yang sudah diluluskan ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata berkata keputusan itu merupakan pengkhianatan kepada kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh majoriti rakyat kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Lebih mendukacitakan, keputusan penangguhan lebih 4,000 projek rakyat seperti yang didakwa beberapa pihak itu dibuat ketika kerajaan PH terus gagal menunaikan janji-janji yang dibuat seperti di dalam manifesto PRU14 mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam konteks di Pulau Pinang, Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO negeri turut menzahirkan rasa kecewa selepas beberapa projek membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam turut ditangguhkan.

Katanya keputusan penangguhan itu selain mengecewakan umat Islam di kawasan terlibat, turut mengundang persoalan mengenai sejauh mana kesungguhan kerajaan PH membela kedudukan Agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Kita difahamkan terdapat beberapa projek membina dan menaik taraf masjid, surau, sekolah agama dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah peruntukan khas ketika kerajaan BN ditangguhkan,” katanya.

Sehubungan itu, Norliza berkata Wanita UMNO mendesak kerajaan PH menjelaskan mengenai status projek-projek yang ditangguhkan tersebut sama ada akan diteruskan pada masa hadapan atau dibatalkan.

Katanya Wanita UMNO juga menggesa badan berkaitan agama Islam di Pulau Pinang khususnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) supaya lebih berani dan agresif mempertahankan projek-projek itu seterusnya mendesak kerajaan PH melaksanakannya segera. – BERNAMA

Tags: projek rakyatWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angkat Jawatan Ketua Wanita Setaraf Timbalan Presiden UMNO

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu jawatan ketua sayap pergerakan itu diiktiraf dan diangkat setaraf jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ketuanya,...

Bertenang, Istiqamah Bersama Parti – Noraini

26/10/2018
0

KEKAL... Semua ahli UMNO di seluruh negara diminta agar bertenang dan terus istiqamah bersama parti dalam perjuangan memenangi semula keyakinan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd