• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Jenis Dadah Bernilai RM14 Juta Dilupus

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Polis Kontinjen Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 96 kilogram dan 4,005 mililiter air ketum (Mitragynine) yang dianggarkan bernilai RM14 juta di tapak pelupusan sisa toksik Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam) dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pelupusan pelbagai jenis dadah itu merupakan barang kes yang dirampas yang mana kes mahkamah telah selesai perbicaraan.

“Pelupusan barang kes dari tahun 1981 hingga 2017 ini bertujuan untuk mengelakkan tempat penyimpanan menjadi padat dan tidak tersusun yang menyukarkan pergerakan keluar masuk barang kes bagi tujuan perbicaraan.

“Ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada barang kes yang baharu dan masih di peringkat perbicaraan. Pelupusan dadah ini adalah mengikut proses yang telah ditetapkan seperti arahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D207,” katanya kepada pemberita semasa majlis pelupusan pelbagai jenis dadah itu di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Zainuddin Yaacob, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Datuk Mohamad Mat Yusop, Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Sharifah Zakiah Syed Sahab dan Pemangku Ketua Operasi Kualiti Alam Sdn Bhd Mohd Rizal Zambros.

Mazlah berkata pelupusan dadah itu melibatkan dadah jenis heroin, monoacetylmorphines, campuran heroin dan monoacetylmorphines, methamphetamine, pil erimin 5, ketamin, candu, ganja, pil ecstasy, air ketum dan lain-lain dadah.

Katanya barang kes dadah yang dilupuskan itu merupakan kes yang telah selesai perbicaraan berjumlah 5,222 kertas siasatan bagi tahun berkenaan (1981-2017).

“Pemilihan syarikat Kualiti Alam untuk tujuan pelupusan dadah tersebut adalah berdasarkan kewibawaan dan pengalaman syarikat terbabit dalam industri pengurusan sisa.

“Syarikat Kualiti Alam juga mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual seperti yang dikehendaki. Selain itu, pusat itu juga mempunyai fasiliti yang bersepadu serta menggunakan teknologi pelupusan yang terkini.

“Semua barang kes dadah pada hari ini dilupus menggunakan fasiliti terbaharu iaitu loji penunuan yang menghasilkan tenaga baharu (scheduled waste to energy). Kaedah ini menggunakan teknologi tinggi yang setara dengan standard Eropah, yang mana ianya lebih selamat, teratur dan tiada pencemaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahdilupuskan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd