• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 252 Kilogram Ganja Di Pendang Dirampas

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis merampas 252.16 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM630,250 dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta di Jalan Kampung Kuala Lanjut, Kubur Panjang, di Pendang, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar berkata anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar sedang membuat rondaan di sekitar Pokok Sena sebelum terserempak dengan dua kereta jenis Proton Waja dan Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan pada 4.30 pagi.

“Ketika hendak menjalankan pemeriksaan, pemandu kereta Toyota Vios telah melarikan diri namun polis berjaya menahan kereta Proton Waja yang dinaiki empat suspek yang berumur antara 20 hingga 42 tahun dengan bantuan MPV.

“Polis telah mengejar kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki berumur 30-an. Suspek telah melarikan diri selepas kereta yang dipandunya terbabas di tepi jalan dan hasil pemeriksaan telah menjumpai empat bungkusan dadah jenis ganja di bahagian tempat duduk belakang dan dua lagi bungkusan di bahagian bonet kereta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata kereta itu dibawa ke IPD Kota Setar dan pemeriksaan lanjut telah menjumpai 248 ketulan mampat dadah jenis ganja di dalam enam bungkusan, menjadikan jumlah dadah itu 252.16kg.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek sedang menghala ke Perak dan dipercayai dadah tersebut adalah untuk dipasarkan ke negeri itu.

“Kita masih menyiasat dari mana mereka ambil bekalan dadah tersebut. Kesemua suspek yang ditahan yang berasal dari Kedah dan Pulau Pinang itu positif dadah jenis syabu dan dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah.

“Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Okt ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala polis sedang memburu pemandu kereta Toyota Vios yang telah dikenal pasti identitinya,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rahim berkata dalam usaha membanteras kegiatan perjudian, sebanyak 896 serbuan telah dilakukan dengan sebanyak 257 orang ditahan serta 733 mesin dan wang tunai RM36,386 dirampas dalam Op Dadu dari 1 hingga 30 Sept lepas.

“B​agi membanteras kegiatan pelacuran, sebanyak 121 serbuan dilakukan dan telah berjaya menahan 156 orang manakala bagi Op Cantas (bagi membanteras jenayah) sebanyak 61 serbuan dilakukan dengan 60 orang berjaya ditahan,” katanya.  – BERNAMA

Tags: ganjakereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd