• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Permohonan Dan Setuju Jika Guna ‘Nama Pelik’

oleh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ibu bapa yang ingin mendaftarkan nama anak mereka dengan nama yang tidak digalakkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan persetujuan untuk menggunakan nama itu.

Dalam satu kenyataan, JPN berkata pihaknya mengkategorikan penamaan kanak–kanak yang dilarang kepada dua kategori iaitu Nama Yang Ditegah dan Nama Yang Tidak Sesuai.

Ia menjelaskan Nama Yang Ditegah adalah seperti nama gelaran, keturunan, lucah, bermaksud buruk, initials dan ringkas manakala Nama Yang Tidak Sesuai adalah seperti nama binatang, lucu, buah-buahan, peralatan, huruf atau angka atau gabungan kedua–duanya dan nama yang tidak elok maknanya.

“JPN tidak meletakkan syarat khusus dalam pemberian nama kanak–kanak oleh ibu bapa.

“Keputusan untuk pemberian nama kepada kanak-kanak adalah bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau pemaklum kelahiran itu. Nama yang diberikan oleh ibu bapa bergantung kepada individu itu dan adalah subjektif.

“Ibu bapa yang ingin menamakan anak mereka dengan nama yang tidak digalakkan dan pihak JPN akan menasihatkan mereka akan ketidaksesuaian nama yang dipilih terlebih dahulu,” katanya.

Menurut JPN, sehingga kini, jabatan itu menerima pendaftaran nama mengikut permohonan yang didaftarkan dan tidak menghadkan jumlah aksara

“Pendaftaran nama bagi Sijil Kelahiran juga akan digunakan dalam MyKad. Ruang nama atas MyKad pada masa ini hanya boleh dimasukkan sebanyak 80 aksara sahaja.

“Bagaimanapun jika terdapat mana-mana individu yang mempunyai nama melebihi 80 aksara, individu itu boleh dikeluarkan Kad Pengesahan Nama (KPN) sebagai pengesahan nama panjang yang tidak muat dicetak di atas MyKad,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd