• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Jaga Semua Tak Kira Agama – Anwar

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk kekal memelihara dan meneruskan interaksi serta hubungan baik dengan semua kaum, sejajar kepelbagaian etnik dan agama di negara ini.

Ketua Umum PKR itu berkata, adalah penting untuk menjaga keharmonian pelbagai kaum dan menghormati perbezaan agama di negara ini bagi memastikan keamanan serta kestabilan dikecapi berkekalan.

“Baru-baru ini ada yang mempersoalkan saya pergi kuil. Saya ingin jelaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan saya pun pernah pergi ke gereja.

“Kami melawat gereja yang rosak akibat dibaling bom petrol, kami masuk gereja. Jadi apa masalahnya.

“Jika pergi ke kuil, pergi ke tempat orang Sikh, orang Kristian, kita hormat mereka. Apa yang tidak boleh dikompromi ialah soal akidah, yang kita tidak boleh buat ialah melakukan amalan mereka, sembahyang cara mereka.

“Ada hadnya tetapi kita tetap perlu menghormati mereka,” katanya dalam sesi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Kampung Pachitan di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hadi yang mendakwa Anwar tidak konsisten menjaga jati diri sebagai seorang Islam.

Presiden PAS itu dilaporkan berkata, Anwar menjadi imam apabila berada di masjid tetapi apabila berada di kuil, sanggup berpakaian dan menari bersama penganut agama lain.

Anwar berkata, isu itu tidak perlu dipanjangkan kerana beliau dan PAS pernah bersahabat.

“Saya datang sini (PRK Port Dickson) bukan mahu bergaduh dengan parti lain kerana PAS adalah kawan kita dulu. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, dulu pun adalah Naib Presiden PAS, tiada masalah.

“Kehadiran saya adalah mahu membawa agenda untuk rakyat Port Dickson. Saya terharu kerana apabila datang Port Dickson, melihat orang Melayu, Cina, India dan Sikh memberi sambutan yang amat baik kepada saya,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Anwar IbrahimPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd