• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas, Visa Berwajah Baharu, Sukar Dipalsukan

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen hari ini memperkenalkan reka bentuk Pas Malaysia dan Visa Malaysia yang baharu yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang lebih efisien.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dokumen yang dijangka digunakan sepenuhnya Disember akan datang itu dinaik taraf dengan penambahan terapan hologram dan ciri keselamatan yang menyukarkan ia dipalsukan.

Beliau berkata penambahan terapan hologram kepada cetakan intaglio dwiwarna sebagai ciri perlindungan keselamatan utama memastikan dokumen kebenaran bagi warga asing untuk berada di Malaysia itu tidak mudah dipalsukan, sekali gus mengurangkan risiko pemalsuan yang sering dilaporkan sebelum ini.

“Di samping itu, rekaan terkini dan komprehensif tersebut turut merangkumi reka bentuk latar belakang dan nombor siri keselamatan dengan cetakan pelangi.

“Ini merupakan usaha berterusan Jabatan Imigresen bagi meningkatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya melibatkan dokumen pengenalan orang asing yang memasuki Malaysia,” katanya pada sidang media selepas pelancaran wajah baharu dokumen itu di sini.

Visa Malaysia merupakan kebenaran awal yang disahkan dalam pasport warga asing untuk memasuki Malaysia manakala Pas Malaysia pula dikeluarkan bagi mereka yang masuk dan menetap sementara dalam tempoh ditetapkan bagi tujuan tertentu seperti lawatan sosial, lawatan rasmi dan belajar.

Mustafar berkata pemegang pas atau visa Malaysia yang lama masih dibenarkan menggunakan dokumen tersebut dan hanya menukarnya selepas tempoh sah laku berakhir.

Dalam pada itu, Mustafar berkata jabatan itu turut melancarkan ‘Narrowcasting Media’, iaitu platform hebahan terbaharu bagi menguar-uarkan maklumat berkenaan perkhidmatan jabatan itu kepada orang ramai.

Beliau berkata sebagai permulaan, sebanyak 400 unit paparan skrin telah diletakkan di cawangan jabatan itu di seluruh negara manakala 450 unit lagi akan di pasang secara berperingkat di lokasi strategik bermula Februari tahun hadapan.

Platform interaktif ini diwujudkan bagi memberi maklumat awal kepada orang ramai berhubung perkhidmatan dan arahan terbaharu Jabatan Imigresen, sekali gus memudahkan mereka ketika berurusan di kaunter imigresen, katanya. – BERNAMA

Tags: ImigresenVisa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd