• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Tahan Dileter Punca Bunuh Ibu

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAWAI – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah membunuh dan mengerat mayat ibunya yang dimasukkan ke dalam peti sejuk selepas berang dileter supaya ke sekolah.

Yu Wei Gong mengaku salah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, merosakkan mayat dan kecurian identiti ibunya, Liu Yun Gong pada September 2016.

Sementara itu, majikan Liu, Julie Kim memberitahu Star Advertiser, dia merasakan sesuatu tidak kena apabila wanita itu gagal hadir ke tempat kerjanya di sebuah spa, sehari selepas kematiannya.

Anak lelaki Liu kemudian menghubunginya memaklumkan wanita itu pergi ke pulau lain untuk beberapa bulan tanpa membawa telefon bimbitnya.

Mayat Liu ditemui dalam tujuh beg plastik di dalam peti sejuk beku di apartmen keluarga berkenaan di Waikiki, Honolulu.

Menurut pihak berkuasa, Yu menghubungi talian kecemasan pada April 2017 kerana rasa mahu membunuh diri. Ketika itu dia mengaku membunuh ibunya.

Polis yang menyiasat rumahnya pada mulanya tidak menemui mayat mangsa sehingga menjenguk peti sejuk beku, namun menemui beg plastik mengandung kepala serta sisa anggota Liu selepas dimaklumkan Yu.

Yu mengaku membunuh ibunya kerana berang dileter tidak mahu ke sekolah. Siasatan mengesahkan mangsa maut akibat hentakan objek tumpul di kepalanya.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak sengaja melakukannya. Yu dibebaskan dari hospital psikiatrik pada April 2017 dan dihadapkan ke mahkamah, namun langsung tidak bercakap. Dia kemudian diberi khidmat jurubahasa Mandarin untuk prosiding.

Pendakwa Wayne Tashima berkata, Yu turut didakwa mencuri identiti ibunya kerana membayar sewa menggunakan akaun wanita itu. Mahkamah menetapkan hukumannya pada Januari depan. – Agensi/myMetro Online

Tags: kejamkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd