• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Peguam Doktor Tentera Suruh Saya Mengaku Bunuh Kevin Morais’

oleh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili tertuduh pertama, Kolonel Dr R. Kunaseegaran telah menyuruhnya mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

S. Ravi Chandaran, 47, berkata peguam itu turut berjanji untuk membebaskannya daripada tuduhan yang dihadapinya dan membelanya di Mahkamah Rayuan jika dia membuat pengakuan itu.

“Datuk Sivananthan suruh saya mengaku di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau akan membela saya dan akan keluarkan saya,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Jasmine Cheong Chi May yang turut mewakili Dr Kunaseegaran, pada prosiding membela diri yang masuk hari ke-23, hari ini.

Ketika ditanya Cheong adakah Ravi Chandaran tahu bahawa undang-undang di Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh menjawab, “saya tidak tahu mengenainya,”.

Kepada cadangan Cheong bahawa Sivananthan tidak pernah menawarkan dirinya untuk membela tertuduh di Mahkamah Rayuan serta menyuruh tertuduh mengaku bersalah di bawah seksyen itu kerana ia adalah sesuatu yang tidak logik, Ravi Chandaran berkata, “mereka cuma memberitahu saya sebegitu”.

Pada prosiding sebelum ini Ravi Chandaran mendedahkan kepada mahkamah bahawa dia ditawarkan wang RM1.5 juta oleh Dr Kunaseegaran jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

Lelaki itu mendakwa Dr Kunaseegaran juga memberitahu bahawa beliau akan melantik peguam lain untuk mewakili Ravi Chandaran di Mahkamah Rayuan selepas tertuduh mengaku bersalah.

R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam V.Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Sivananthan dan Cheong manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Mana Pergi Pen Drive Kait Pembunuhan Dengan 1MDB?”

09/10/2018
0

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang beberapa kali mengaitkan...

Tertuduh Ke-7 Nafi Jadi Dalang Dalam Kes Bunuh Kevin Morais

30/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais menafikan bahawa dia adalah dalang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd